Wednesday, November 1, 2017

IF NO NEGATIVE WORDS, THERE WILL NO NEGATIVE ACTION

IF NO NEGATIVE WORDS,
THERE WILL NO NEGATIVE ACTION
.
Dalam mendidik anak ni memang selalu orang pesan kan, dari kecil lah kita nak ajar kan?
.
Tapi nak ajar biar kena lah pada umurnya, kan? 😁
.
Mengajar anak ni selalunya berkait rapat dengan cara kita berkomunikasi dengan mereka
.
So, Niza pernah belajar tentang 'communication' ketika training kerja dulu. Masa tu training communication dengan workers.
.
Dari apa yang Niza ingat salah satunya boleh apply untuk communicates dengan anak jugak supaya tindakannya tidak negatif
.
So, Niza nak share macamana nak MELATIH anak atau sesiapa sahaja dalam arahan kita supaya perkara yang dilakukan BUKAN seperti yang kita TIDAK MAHU
.
Tipsnya adalah:
✅Tidak menggunakan perkataan 'JANGAN'
.
Tapi:
✅Guna perkataan 'MARI' 'JOM' atau ayat yang mendorong kepada apa yang kita mahu
✅Guna perkataan 'TIDAK BOLEH' dan terus jelaskan 'KENAPA' walaupun dia tidak faham
.
Niza sendiri selalu guna perkataan 'NO' pada anak terutama untuk HENTIKAN dia daripada melakukan sesuatu yang tidak sesuai. Tapi, selagi Niza beringat, Niza akan cuba explain 'WHY YOU CANNOT DO THAT'
.
Hasya-received parcel 😅
.
Sebab apa untuk tidak menggunakan 'JANGAN'
.
Sebab biasanya, bila kita gunakan JANGAN, kita akan sebut perkara yang kita tidak mahu
.
Contoh;
.
"Hasya, JANGAN terbalikkan pinggan tu!"
.
"Hasya, JANGAN panjat kerusi tu!"
.
Sebagai kanak-kanak terutamanya, mereka cepat MERAKAM apa kata-kata kita
.
Jadi, perkataan yang dia rakam adalah⤵️
'Terbalikkan pinggan'
'Panjat kerusi'
.
"Dia tak faham JANGAN tu apa"
.
Jadi, bila dia buat seperti yang dia faham, which are 'terbalikkan pinggan' @ 'panjat kerusi', then bila kita STOP THEM from doing that, kat situlah hadirnya 'PROTES!!'
.
Sebab dia KELIRU!
.
Jadi, apa yang LEBIH BAIK?
.
Kita TUKAR perkataan JANGAN tu kepada ayat yang lebih POSITIF
.
Contoh:
🚫"Hasya, jangan terbalikkan pinggan tu!"
✅"Hasya, makan elok-elok, nanti tumpah"
.
🚫"Hasya, jangan panjat kerusi tu!"
✅"Hasya, duduk elok-elok atas kerusi"
.
Hasya & Mommy
So, bila kita guna ayat yang POSITIF, anak kita akan merakam perkara yang POSITIF, so seterusnya tindakannya juga akan POSITIF
.
Dulu masa training, trainer buat contoh workers bangla;
"Bhai, you JANGAN pindahkan besi tu"
Malangnya Bhai memang tak faham bahasa Malaysia sangat lalu dia pindahkan besi tu 😂😂
.
Okay, jom korang kita SEBARKAN AURA POSITIF kepada semua orang supaya ANAK-ANAK generasi kini dan akan datang semakin POSITIF!! ❤️
.
-Haniza Hassan-

No comments:

Post a Comment